Tahniah diucapkan kepada kementerian yang menguruskan kenaikan harga minyak RON 97 yang diberitakan naik harga 30 sen seliter. Naik pun tak beri kesan turun pun tak beri kesan sangat sebabnya rakyat dah tau dan dapat nilai prestasi orang yang menguruskan sama ada betul atau tidak. Tidak terkecuali juga buat rakyat-rakyat bawahan yang senantiasa beringat-ingat dengan menggunakan RON 95 sebagai alternatif.
Ini kerana rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak mempunyai kemampuan untuk memiliki dan mengisi tangki-tangki minyak kenderaan mereka dengan minyak yang kononya setaraf minyak kapal terbang. Oleh yang demikian ada diantaranya beranggapan harga minyak naik atau turun sama sahaja dan tidak ada beza sedikitpun melainkan yang menaiki kenderaan yang mewah dan bernilai tinggi. Tahniah juga diucapkan kepada pihak kerajaan yang sentiasa prihatin dalam usaha untuk menyusahkan kehidupan rakyat jelata yang hidup serba kekurangan.
Dengan kenaikan harga minyak ini juga, dijangkakan harga barangan keperluan juga berkemungkinan akan naik dan bakal memberi impak yang besar kepada rakyat. Ini membuktikan rakyat senantiasa akan dibuli oleh kerajaan yang sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan