Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 8 Oktober 2012

Edisi Kantoi : Pengerusi SPR Bohong Rakyat

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berbohong mengatakan Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia. “Aziz menipu rakyat mengatakan daftar pemilih di Malaysia paling bersih di dunia, sedangkan di Selangor sahaja, daripada 400,000 nama pemilih baru, lebih 100,000 nama tak dapat dikesan,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri. “Sebab itu, pilihan raya umum ke-13 nanti akan jadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara,” tegasnya ketika dihubungi.

 Aziz dalam wawancara bersama akhbar Sin Chew April lalu berkata, Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia. Beliau berkata, SPR tidak perlu mengubah daftar pemilih sedia ada kerana menurutnya, tiada daftar pemilih negara lain di dunia lebih bersih daripada Malaysia. Kenyataan Aziz ini susulan penegasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Selangor tidak patut mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pusat sebelum daftar pemilih dibersihkan. Anwar pada 30 September lalu turut mendedahkan, sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih SPR dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur. Justeru beliau memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu. Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat. Menurutnya, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, manakala 3.3 juta hanya ada nombor rumah. Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, Anwar berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan. 

“Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar,” katanya. Selain itu, kata Anwar, masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan. “Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya. “Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka,” katanya. Sebelum ini, Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) dalam syor mereka menuntut SPR, Pengerusi dan Timbalannya dilantik melalui Parlimen, bukan diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti amalan sekarang. 

“Kalau kita tuntut Aziz letak jawatan, dia takkan berbuat demikian. Sebab itu, kita berhimpun (Bersih) tiga kali. Kita hantar memoramdum pada Yang Dipertuan Agong. Tapi sampai hari ini tak ada jawapan,” kata Azmizam yang juga Pengarah Biro Pilihan Raya AMK. Dalam pada itu, Azmizam mengingatkan jentera pilihan raya Pakatan menumpukan kepada pengurusan pengundi berbanding logistik. 

“Tumpuan utama jentera pilihan raya ialah pengundi,” katanya. Dalam perkembangan lain, SPR hari ini dituntut memuktamadkan segera rundingannya dengan beberapa NGO yang dijemput menjadi pemerhati pilihan raya bagi memastikan masa yang mencukupi untuk membuat persediaan. Ini kerana dilaporkan, tiada sebarang berita dari SPR sejak suruhanjaya itu mengadakan pertemuan dengan NGO berkenaan kira-kira dua bulan lalu./Keadilan.com

Tiada ulasan: