Lucas Papademos, Perdana Menteri baru kerajaan sementara Greece, menyatakan keyakinan bahawa Pakatan Pembangkang mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Perkara tersebut dinyatakan Papademos kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu melawat Greece baru-baru ini.
Anwar berkata, Papademos telah bertanya mengenai pilihan raya di Malaysia yang semakin hampir.
“Dia tanya, Anwar…Saya dengar pilihan raya Malaysia dah tak lama lagi? Saya dengar You go to win…Perdana Menteri Greece pun tahu kita nak menang,” katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong di Padang Taman Seri Ria, Kampung Kepayang, Simpang Pulai pada program jelajah Merdeka Rakyat ke Perak semalam.
Hadir sama, pimpinan KEADILAN Negeri antaranya, Pengerusi Dr Muhammad Nur Manuty dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.
Pada program itu, Anwar banyak mengupas mengenai kepincangan Bajet 2013 BN yang disifat lebih mengutamakan kroni daripada rakyat bawahan.
Berbeza dengan Umno BN, Belanjawan Pakatan kata Anwar, lebih optimis untuk mengurangkan beban rakyat.
“Saya ulang! Tak payah banyak ekonomi…Apa yang kita buat kita turunkan beban rakyat…Itu yang akan kita utamakan. Tapi pemimpin yang duduk di atas, macam dewa, tak faham masalah ini.
“Kalau kita menang, sehari kita turunkan harga minyak…Orang tanya kenapa sehari? Cepat sangat. Saya jawab rakyat dah letih tunggu,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.
Beliau turut bertegas tentang komitmen Pakatan boleh mengurus ekonomi lebih baik dari Umno BN termasuk melaksanakan semua tawaran dalam Buku Jingga.
Ini kerana, katanya Malaysia mempunyai pelbagai hasil bumi termasuk minyak dan balak.
“Negara kita kaya. Kalau negara kita macam Nepal atau Bangladesh, saya tak berani beri jaminan…Sebab minyak tak ada, sawit tak ada, balak pun tak ada…Tapi kita semua ada,” kata Anwar./Keadilandaily.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan