Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 24 Oktober 2012

MB Selangor : Chua Soi Lek Tak Matang

Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung pelaksanaan hudud di negara ini merupakan satu penghinaan kepada Islam dan umat Islam di seluruh dunia, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim."Sebagai pemimpin negara, beliau harus menggalakkan pemahaman mendalam antara agama yang berbeza, bukan membuat kenyataan tidak sensitif yang mungkin menjejaskan hubungan diplomatik, terutamanya dengan negara majoriti Islam seperti Indonesia dan Timur Tengah."Pemimpin Malaysia perlu bersatu dengan pemimpin-pemimpin dunia untuk mengutuk kenyataan menghina Islam dan umat Islam oleh Soi Lek," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu-Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidiladha 1433H di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, hari ini.

Menurutnya, tindakan memperkecilkan orang lain, mengabaikan kesopanan dan menggunakan agama dalam usaha yang memalukan itu dilakukan bagi meraih sokongan politik murahan bukan cara untuk Malaysia ke hadapan.Malah katanya, sikap tersebut tidak mencerminkan kematangan, kepimpinan atau kepatuhan kepada piawaian tempatan atau antarabangsa."Ketiadaan tindakan yang nyata oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataan tersebut menunjukkan kegagalan dan hipokrasi dalam sistem Barisan Nasional yang mengamalkan politik perkaumsn dan kuasa mengatasi segala-galanya," katanya.Abdul Khalid berkata, budaya hormat-menghormati, perbincangan secara terbuka dalam usaha mencapai persefahaman, terutama dalam kalangan komuniti latar belakang berbeza merupakan satu keperluan di negara ini.

"Hanya melalui pemahaman dan menghormati, kita boleh bersama-sama membina sebuah masyarakat matang yang mampu membuat keputusan demokrasi dalam usaha menmbentuk masa depan negara kita," katanya.Pada 18 Oktober lalu, Soi Lek mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan hukum hudud di negara ini akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan.Bekas Menteri Kesihatan ini mengulangi pendirian parti itu dalam soal isu hudud dengan memetik satu SMS diterimanya minggu lalu.Menurut beliau, SMS itu yang diterima daripada seorang mendakwa MCA hanya bercakap mengetengahkan pendirian parti itu dalam soal pelaksanaan hukum hudud, tetapi tidak memperkatakan apa-apa tentang peluang pekerjaan yang bakal hilang./Sinar

Tiada ulasan: