Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 24 Oktober 2012

Penangan Hina Presiden

Seorang pengacara rancangan bual bicara Mesir berdepan hukuman penjara empat bulan selepas didapati bersalah menghina Presiden Mohamed Morsi, lapor media kelmarin. Tawfiq Okasha boleh merayu keputusan hakim selepas membayar ikat jamin 100 pound Mesir (RM49.17), kata sumber mahkamah. "Morsi adalah presiden semua rakyat Mesir dan menghina beliau sama seperti menghina seluruh negara," kata Nasr El-Din Mahmoud Maghazy yang memfailkan kes terhadap Okasha. Okasha dikenali mempunyai hubungan rapat dengan pegawai keselamatan yang berkuasa ketika pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak. - Reuter

Tiada ulasan: