Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 29 Oktober 2012

Sembunyi Kondom Dalam Kotak Rokok

Sembunyi kondom dalam kotak rokok bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Itu taktik digunakan sindiket pelacuran di sebuah hotel bajet di Jalan Munsyi Abdullah di sini, yang diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), semalam. Serbuan yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat, menahan tiga wanita tempatan dipercayai pelacur berusia 20 hingga 32 ditahan ketika mereka menunggu pelanggan. Turut ditahan ialah pekerja hotel bajet berkenaan dan seorang pelanggan berusia 20-an. 

 Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menemui 800 kondom yang belum digunakan disorok di dalam kotak rokok, celah tangga, bawah tilam dan di dalam laci. "Kondom yang disorok dalam rokok ini akan diambil pelanggan yang melanggan pelacur di sini. “Taktik ini mungkin digunakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Jika tidak melakukan pemeriksaan teliti, kotak ini akan disangka kotak kosong yang dibuang,” katanya kepada pemberita. Rahimin berkata,pihaknya juga menemui ribuan pil hormon dan pencegah kehamilan di hotel 24 bilik itu yang beroperasi tanpa lesen. 

 “Pemilik premis nampaknya masih berdegil kerana masih meneruskan operasi walaupun telah diserbu beberapakali sebelum ini. "Isnin lalu, kita menahan tujuh pelacur ketika melakukan pemantauan di kawasan ini bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik,” katanya. Menurutnya, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 72 dan Seksyen 75, Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991./Sinar

Tiada ulasan: