Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 29 Oktober 2012

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Seorang wanita kecewa apabila suaminya diberhentikan kerja oleh majikan sehingga menyebabkan mereka sekeluarga kini hidup dalam kesusahan. Mesah Yahya, 57, berkata, suaminya, Alifi Mohammad yang bekerja sebagai pemandu lori diberhentikan kerana lewat datang kerja akibat sakit gastrik. Menurutnya, suaminya mula bekerja di syarikat itu awal Oktober lalu. Bagaimanapun, kelmarin, katanya, suaminya lewat ke tempat kerja disebabkan mendapatkan rawatan ke Hospital Jasin. 

 "Pagi itu, suami saya sakit di bahagian perut menyebabkan saya menemaninya kes hospital untuk mendapatkan rawatan. “Tapi malangnya, apabila suami saya pergi kerja kira-kira 11 pagi, majikannya memaklumkan dia diberhentikan kerja. Gajinya pula akan dibayar bulan depan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Mesah berkata, dia bukan sahaja sedih, malah tertekan lebih-lebih lagi mempunyai tiga orang anak berumur 14 hingga 17 tahun yang masih bersekolah. Sebagai seorang isteri, katanya, dia berasakan suaminya ditindas oleh majikan kerana tidak berbincang terlebih dulu sebelum mengambil tinda-kan sepatutnya.

 "Saya masih simpan resit pembayaran dan ubat-ubatan sebagai bukti suaminya mendapat rawatan di hospital dan bukannya ponteng kerja. Kami bukan orang senang," katanya. Berikutan tidak puas hati, katanya, suaminya membuat laporan di Balai Polis Jasin dan akan memanjangkan perkara itu kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK)./Sinar

Tiada ulasan: