Followers

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Iklan 2

Iklan 2

Rabu, 14 November 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2012


Bertempat di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu, pada 16 November, akan berlangsung Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Kelantan – kesinambungan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, 3 November lalu, kata Timbalan Pengarah Muktamar, Dato’ Takiyuddin Hassan. Ia akan diisi dengan programprogram anjuran Pemuda dan Muslimat PAS bertemakan ekspresi anak muda. Program anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Kelantan itu akan turut disertai golongan artis yang sudah berhijrah dan memberi sokongan kepada PAS. Pada sebelah malamnya, ceramah perdana yang oleh pimpinan utama Pakatan Rakyat dan para tetamu khas akan diadakan. Ia dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Tiada ulasan: