Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 14 November 2012

Negara Berkebajikan Teras Perpaduan jadi teras muktamar

PAS akan mengadakan Muktamar Tahunan kali ke-58 pada 14 hingga 18 November ini di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa. Menurut Timbalan Pengarah Muktamar, Dato’ Takiyudin Hassan, muktamar bertemakan “Negara Berkebajikan Teras Perpaduan” itu akan disertai 1,100 perwakilan dari 186 kawasan PAS di seluruh negara. Ucapan Dasar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berlangsung pada pagi Jumaat, 16 November.

 Jelas Takiyudin yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS, tema “Negara Berkebajikan Teras Perpaduan” dipilih memandangkan negara berkebajikan merupakan tawaran PAS kepada pengundi pada PRU13 nanti. Katanya, walaupun muktamar tahun ini tidak melibatkan pemilihan pucuk pimpinan PAS, ia amat penting bagi seluruh ahli PAS memandangkan ia adalah muktamar terakhir sebelum PRU13. 

 “Panitia muktamar menjangkakan isu yang akan dibangkitkan pada muktamar kali ini berkaitan PRU13 termasuk isu menangani tindakan pihak tertentu yang menyebabkan berlaku kepincangan dalam daftar pemilih,” katanya lagi. Tumpuan muktamar juga katanya kepada ucapan dasar Presiden yang dijangka memberi penekanan kepada peranan bersama yang perlu dilaksanakan ahli PAS bagi memastikan PAS dan Pakatan Rakyat dapat merealisasikan hasrat menuju ke Putrajaya.

Tiada ulasan: