Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 26 November 2012

Iron Dome Israel vs Roket al Qassam Hamas


Tidak dinafikan oleh pelbagai pihak pro-Israel bahawa kecanggihan 'Iron Dome' sistem penangkis peluru berpandu Israel yang ditaja USA berjaya mengurangkan jumlah roket al Qassam daripada mengenai sasarannya. Setiap kali roket al Qassam Hamas yang berharga USD 800 (RM 2,500) akan perlu ditangkis oleh sebuah peluru berpandu penangkis bernilai USD 50,000 (RM 160,000) sebuah.

Meskipun laporan IDP menyatakan bahawa keberkesanan Iron Dome ialah di antara 80-90 peratus roket al Qassam berjaya ditangkis, ada beberapa laporan pengkritik Israel sendiri yang lain melaporkan bahawa hanya kira-kira 90 roket berjaya ditangkis daripada sejumlah 250 roket yang dilancarkan pada hari pertama pertempuran.


 Briged al Qassam juga mempunyai unit 'R & D'nya yang tersendiri apabila berjaya melepaskan 16 roket serentak pada hari pertama pertempuran yang menyebabkan kesukaran Iron Dome menangkisnya sehinggakan penghuni Tel Aviv terpaksa menyembunyikan dirimereka selama seminggu di bawah tanah. Dari lipatan sejarah, kita menyaksikan bahawa banyak kali kemenangan dicapai oleh kumpulan yang kecil ke atas kumpulan yang lebih besar. Kita pasti, sejarah ini pasti akan berulang....

Tiada ulasan: