Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 26 November 2012

Kecemerlangan remaja Gaza

 Sarah Binti Ibrahim berumur 12 tahun dan merupakan anak orang kebanyakan di Gaza. Beliau berjalan kaki ke sekolah pada jam 7.30 pagi sebagaimana rakan-rakannya yang lain dan pulang semula ke rumah pada jam 12.30 tengahari. Sarah kemudiannya mempelajari al Qur'an bersama rakan sebayanya di Pusat Tahfiz di Darul Balaah pada sebelah petang selama 2 jam. 

 Masa yang terluang akan digunakan untuk membantu ayah dan ibunya, bergaul ringkas dengan jiran dan rakan sebaya selain daripada mengulangkaji pelajaran serta menghafaz al Qur'an di sebelah malam. 

 Ketika sebahagian ibu bapa di Malaysia bergembira merayakan kejayaan anak-anak mereka mendapat 5A, ibu bapa Sarah terus bersyukur kerana anak remajanya telah pun menghafaz 30 juzuk al Qur'an sebelum umurnya 12 tahun dan kini sedang mempelajari beberapa 'qiraat al Qur'an'. Ibu bapanya gigih mendidik Sarah agar membesar menjadi Sri Kandi kepada para wanita di wilayah Gaza ini . 

Tiada ulasan: