Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 23 Disember 2012

Bantah AES Depan TV 3 Suku .. Zizan Berani

Tengah hari tadi, dianggar lebih 300 penunggang motosikal yang menderu ke perkarangan Sri Pentas, tempat stesen penyiaran TV3 beroperasi terkejut apabila pelawak terkenal Zizan Razak tiba-tiba keluar dari celah-celah mereka membawa sekeping kertas! Penunggang motosikal yang berang dengan tindakan wartawan Majalah 3, Mazidul Akmal Sidik menggelar mereka 'pelesit jalanan' dalam paparan isu 'AES dan rasional dilaksanakan' yang disiarkan dua minggu lalu, nyata terubat dengan kemunculan Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak yang menyokong kehadiran mereka dengan membawa bersama kertas dengan tulisan 'Tolak AES' (Automated Enforcement System). 

 Tindakan Zizian pantas disorak penunggang motosikal dengan membunyikan hon motor masing-masing dengan dikawal lebih 30 anggota polis yang berkawal di pintu masuk bangunan itu di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Menurut seorang saksi, Zizan dengan spontan keluar dari bangunan tersebut setelah selesai mengacarakan rancangan hiburan 'Melodi' terbitan stesen itu bersama Awal Ashaari dan Ziana Zain kira-kira jam 1.45 tengah hari sambil membawa kertas berkenaan tanpa dipaksa sesiapa mahupun diarah oleh mana-mana pihak. 

Sebelum ini, Zizan pernah menggemparkan seluruh negara apabila hadir mengacara bersama Ustaz Azhar Idrus dalam satu majlis sambutan tahun baru anjuran Kerajaan Selangor akhir tahun lalu. Zizan yang berpasangan dengan rakannya dalam kumpulan lawak Jozan iaitu Johan Raja Lawak setakat ini tidak diberi amaran atau diminta memberi penjelasan oleh pihak atasan stesen kawalan Media Prima Berhad itu mahupun Astro yang dia dan Johan sedang menyertai sebuah pertandingan terbitan stesen tersebut. Tahniah Zizan, anda sememangnya berani menegakkan kebenaran.

Tiada ulasan: