Ahad, 23 Disember 2012
Pakcik Tersawan Lihat Kembara Oren
Warga emas yang dipercayai seorang peneroka Felda Jengka 21 ini seolah-olah terkena sawan ketika menghalang Kembara Oren dari masuk untuk menunaikan solat asar di masjid dalam penempatan mereka.
Sekalipun diterangkan berkali-kali oleh pihak Kembara Oren bahawa tidak ada apa2 aktiviti dirancang di situ melainkan mereka masuk hanya semata-mata untuk ke masjid menunaikan solat asar, warga emas ini tetap tidak mempedulikannya.
Warga emas ini bertempik dan memaki, malah hampir-hampir tercetus pergaduhan dengan seorang lagi warga tempatan yang mempersoalkan tindakannya menghalang orang ramai menuju ke rumah Allah.
Kecekapan pihak petugas keselamatan Kembara Oren mengawal keadaan menyaksikan warga emas ini dapat ditenangkan akhirnya.
Bagaimanapun beliau didengari masih bertempik-tempik ketika Kembara Oren bergerak ke Masjid Jengka 12 pula.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan