Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 30 Disember 2012

Kem 4 PAS Negeri Melaka

Assalamualaikum .. 

Seramai 50 orang peserta lelaki dan perempuan telah menyertai dan menghadiri Kem 4 PAS Peringkat Negeri Melaka bertempat di Kompleks PAS Kawasan Jasin di Kampung Kelubi Jasin. Kem yang julung kali diadakan ini telah dianjurkan oleh Dewan Ulamak Pas Kawasan Jasin dengan kerjasama Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Jasin. 

Program bermula  seawal jam 8.30 pg hingga jam 4.30 ptg dan perasmian program disempurnakan oleh Ustaz Mohd Faisol bin Sheikh Muhammad. Turut hadir dalam program tersebut setiausaha Dewan Ulamak PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Cikgu Azrin bin Majid. Antara yang menarik perhatian pesertta untuk kem pada kali ini ialah slot Ceramah dan LDK yang telah dikendalikan oleh 15 orang fasilitator dari pelbagai universiti sama ada dalam negara mahupun luar negara. 

Program ini antara lain bertujuan untuk menanam kefahaman serta memberikan gambaran yang jelas kepada para peserta terutama anak-anak ahli Pas  mengenai perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS supaya mereka tetap mewarisi perjuangan ibu bapa mereka apabila ibu dan bapa mereka telah tiada. Daripada beberapa pandangan dan komen yang diberikan oleh para perserta selepas program, pihak urusetia mendapat makluman bahawa para peserta berpuas hati dengan segala penerangan yang telah diberikan serta seronok dengan segala aktiviti yang telah dilaksanakan dan sebelum program berakhir  para peserta telah berbaiah dihadapan para ibu bapa mereka menyatakan hasrat serta cita -cita mereka untuk bersama-sama mendaulatkan Islam di bumi Melaka. 

Tiada ulasan: