Oleh: Baharurazi Hj Ahmad
Kalau nak dikatakan isu-isu lain itu tak penting memanglah penting, tapi isu yang ditimbulkan berhubung dengan Amanat Hj Hadi tu lagi penting. Pada pemahaman aku, amanat itu sebenarnya hendak menyelamatkan orang Islam daripada Murtad. Akibat orang Islam tidak memahami Aqidah Islam yang sebenar, terdapat diantara mereka melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan Islam, sedang dalam masa yang sama mereka terus mendakwa bahawa mereka adalah orang Islam sejati.
Sekali pun ramai yang mengetahui apa itu perkara yang membatalkan Wudhuk, perkara yang membatalkan Solat, Puasa, Zakat, Haji malah sampai kepada urusan jual beli pun mereka cukup arif akan perkara yang boleh membatalkannya, tetapi sangat malang mereka tidak tahu akan perkara-perkara yang boleh membatalkan Islam dan Iman itu sendiri. Syarat sah Islam ada, mana mungkin tak ada pula perkara yang membatalkan Islam, itu kita kena faham.
Jika dilihat dari segi urutannya, Solat, Puasa, Zakat, Haji dan semuanya itu berada selepas kita mengucapkan Dua Kalimah Syahadah (setelah jadi Islam), bagaimana seorang muslim boleh memahami perkara-perkara yang membatalkan Wudhuk, Solat, Zakat, Puasa, Haji nya tetapi dalam masa yang sama dia tidak mempelajari atau tidak mengetahui akan perkara-perkara yang boleh membatalkan Dua Kalimah Syahadahnya yang sekaligus boleh membatalkan keseluruhan Islam dan amal ibadat yang dikerjakannya sia-sia saja.
Ini adalah merupakan satu penjajahan pemikiran yang ditanam dan diterima oleh kita. Di Masjid-masjid dan di Surau-surau, kebanyakan Guru-Guru Agama atau Ustaz-Ustaz (yang berkepentingan, lebih tepat ulama Umno) lebih menumpukan kepada soal Fiqah, soal-soal batalnya Solat, soal-soal batalnya Puasa, soal-soal batalnya Haji, Zakat (berulang-ulangkali) hingga terlupa atau sengaja tidak mengajar murid-murid mereka atau orang ramai dalam perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang itu. Jika ada Guru Agama atau Ustaz yang mengajar atau cuba mengajar dalam perkara yang membatalkan Islam dan Iman itu, maka akan timbullah berbagai-bagai tuduhan dilemparkan kepada individu tersebut.
Kita harus faham, kalau sekadar batalnya Solat, Puasa, ianya masih boleh diganti tetapi kalau terbatalnya Islam menyebabkan seseorang itu menjadi Murtad. Oleh yang demikian marilah kita semua belajar atau kita bertanya kepada Ustaz-ustaz yang jujur dan ikhlas dengan ilmu agamanya berhubung perkara tersebut semoga terhindar daripada gejala murtad/riddah yang mungkin tidak kita sedari selama ini.
Sebagai info, dicatatkan nama-nama sebahagian daripada Buku-Buku/Kitab-kitab yang ada membicarakan perkara yang boleh membatalkan Islam dan Iman seseorang itu sebagai rujukan seperti berikut:
1. Aqidah Islam, oleh Sayid Sabiq, Penerbit: Diponegoro, Bandung, Indonesia, Cetakan Pertama (1974).
2. Mastika Hadith Rasullah SAW, Jilid Yang Pertama (Bahagian Iman), Penerbit: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Cetakan yang Keenam 1406 (1986).
3. Sendi Agama, Tiga Serangkai (Tauhid, Fiqih, Tasawuf), oleh M. Abdai Rathomy, Penerbit: Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura, Cetakan Pertama (1986).
4. Muqaddimah Aqidah Muslimin, oleh Haji Abdul Hadi Awang, Penerbit: G.G Edar, Cetakan Kelima (Edisi Baru) 1409H-1989M.
5. Muqaddimah Mastika Hadith Rasullah SAW, Penerbit: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Cetakan Pertama 1409 (1989).
6. 40 Perkara Yang Membatalkan Iman, oleh Drs. Hanafi Mohamed, Penerbit: Pustaka Haji Abdul Majid, Cetakan Kedua (Jun 1998).
7. 10 Perkara Batal Islam & Apa Itu Syirik, oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Penerbit: Wholesale-Mart Business Sdn Bhd, Cetakan Pertama (2007).
8. Iman, Revolusi dan Reformasi Kehidupan, oleh Dr. Yusuf Al Qardlawi (Alih Bahasa oleh Anwar Wahdi Hasi dan H.M. Mochtar Zoerni), Penerbit: Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura, Cetakan Pertama (1987).
P/S : Sila baca Buku-buku diatas, setelah selesai baru buat penilaian samaada Umno dan penyokongnya Islam atau tidak. Kemudian lihat isi kandungan Amanat Hj Hadi, adakah menepati dengan apa yang ditulis dalam Buku 40 Perkara yg membatalkan Iman dan Buku 10 Perkara Batal Islam & Apa itu syirik. Selamat Membaca dan memahami " Islam dan Iman " semoga kita tidak jadi sebagai Islam Baka saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan