Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 10 Februari 2013

Belum Apa-Apa Sudah Bikin Kecoh

Bapak Huru-Hara pesan jangan Huru-Hara Sejak UMNO BN kehilangan beberapa buah negeri dalam PRU-12 2008, kejadian samseng-samseng melakukan provokasi mencetuskan huru-hara yang memang sah dari UMNO BN kerap berlaku. Biarpun media massa arus perdana tidak melaporkan kejadian-kejadian huru-hara yang dicetuskan puak UMNO BN ini,rakyat semua tahu apa yang berlaku. Siapa dalang disebalik huru-hara dalam program anjuran PR semua rakyat tahu,walaupun kadang kala pihak berkuasa buat tak tahu setelah laporan dibuat. 

Inilah kebaikan di-alaf Saitek, UMNO BN menjadi gagal dalam menyembunyikan kerja samseng jahat daripada rakyat. Kejadian simbah cat,baling kasut,bakar bendera,baling batu, buat isyarat lucah,usung kepala lembu,usung taik,usung keranda,sekat jalan,halang pimpinan PR dan macam-macam lagi....siapa punya kerja...? Itu diwaktu UMNO BN masih berkuasa di Putrajaya,kalau kalah memang lebih teruklah huru-haranya. Hinggakan diperingkat pimpinan UMNO pun berperangai samseng buat huru-hara. Nasihat Najib konon-nya PR jangan buat huru-hara kalau kalah dalam PRU 13 ibarat menunding jari kearah diri sendiri. Sebenarnya UMNO BN-lah bakal mencetuskan huru-hara sekiranya kalah dalam PRU. 

Kerana Pakatan Rakyat memang sudah biasa dengan keadaan mencemaskan dengan tindakan huru-hara UMNO BN, kalah atau menang dalam PRU bagi PR adalah perkara biasa jika berada dalam pentas pilihanraya yang adil dan bersih. Amat yakin sekali huru-hara dinegara ini bakal berlaku disebabkan UMNO BN kalah adalah perkara yang tidak dapat disangkal lagi. Mulut siapakah yang pernah berkata "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan...!!!" itu bukankah bapak segala huru-hara punya ucapan dari Najib. Huru-hara itu kerja UMNO BN, huru-hara itu hasrat UMNO BN dan huru-hara itu adalah sifat UMNO BN..bukan kerja orang lain. Huru-hara UMNO BN dulu,kini dan selamanya..

Tiada ulasan: