Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 10 Februari 2013

Bila Macai Bikin Sibuk


Segolongan pencacai-pencacai umno yang diupah sedang memasang kain rentang di billboard YB Ng Suee Lim (ADUN Sekinchan) yang mengaibkan seperti "jangan jadi si kitul,jangan cabar kami dan Ng Suee Lim jangan main api dgn kami"..Puak2 pencacai umno ini juga telah menyimbah cat di billboard tersebut.

Mereka berkumpul di kawasan billboard tersebut seramai 30 orang..Seramai 12 orang anggota polis juga tiba di tempat tersebut.Billboard berkenaan hanya untuk mempromosi siput mentarang oleh Yb Ng Suee Lim tetapi puak2 pencacai ini berkata mereka tidak berpuas hati kerana billboard tersebut berada berdekatan dengan surau dan ada muka Yb tersebut kerana Yb tersebut berbangsa cina..

Ini adalah maklumat yang didapati hasil dari perbincangan seorang anggota polis iaitu ketua balai polis Sekinchan dengan puak2 tersebut..Bagaimana pun,polis2 yg dtg juga menyebelahi puak2 pencacai tersebut.Mereka tidak mengambil apa2 tindakan,hanya melihat sahaja..Puak2 pencacai ini sengaja menarik isu perkauman dalam hal ini..Kejadian ini berlaku petang tadi di Parit 7 Baroh,Sekinchan..

Lihatlah sendiri rakyat malaysia sekalian,ini lah anak didikan umno/bn!Sengaja mainkan isu perkauman untuk memecah belahkan rakyat malaysia sewaktu menjelangnya PRU yang ke 13..Sebagai rakyat malaysia yang berbilang kaum,kita harus saling menghormati antara satu sama lain..Anak2 muda yang dididik oleh umno berfikiran sempit!Sepatutnya mereka harus tahu menilai dan berfikiran terbuka tetapi mereka semua diajar dengan benda2 yang tidak elok,berfikiran sempit dan tidak bertamadun!

Tiada ulasan: