Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 8 Mei 2013

13 Mei Hari Persaudaraan Rakyat Malaysia

Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan menyeru semua pihak terutama generasi muda agar menjadikan tarikh 13 Mei sebagai hari persaudaraan buat seluruh rakyat Malaysia. Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, sejarah hitam negara yang tercetus pada 13 Mei 1969 telah meninggalkan kesan mendalam untuk pembentukan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera. "Detik 13 Mei selayaknya dihadapi dan diingati sebagai "Hari Persaudaraan" kerana mengambil iktibar dari kesan api fitnah perkauman yang keterlaluan.

 "Hari ini generasi kita mesti menolak sepenuhnya seruan, tulisan, provokasi, himpunan dan tindakan yang berbau perkauman," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau dipercayai berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak tertentu yang cuba mengaikan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan perkauman sempit. Semalam, akhbar Umno, Utusan Malaysia menyiarkan tajuk "Apa lagi Cina mahu" di muka hadapan akhbar mereka ekoran keputusan PRU13 yang menyaksikan majoriti kaum Cina menyokong Pakatan Rakyat. 

 Ia ditambah lagi dengan majoriti kerusi yang ditandingi DAP menang, manakala MCA tewas teruk. Mengulas lanjut, Nasrudin berkata pencinta keamanan pastinya resah dengan percubaan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menghidupkan kembali sentimen 13 Mei dengan tragedi perkauman berdarah.

 "Justeru itu saya menyeru semua pihak terutama generasi muda agar tidak diulang pengalaman ngeri ini saat kita menikmati keamanan dan kesejahteraan hidup biarpun tidak sempurna sebagaimana yang diidamkan. "Pihak berwajib jangan memandang sepi dan mengambil mudah realiti ini. Bersamalah kita bangunkan negara dan memaju-makmurkan rakyat dalam negara ini," katanya.

Tiada ulasan: