Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 8 Mei 2013

TUN M Keciwa Prestasi Teruk

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan prestasi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini yang disifatkan lebih teruk berbanding 2008. Menurut Mahathir, beliau tidak menjangka prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam PRU13 ini akan lebih teruk daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008. 

 "Saya berharap BN kali ini akan mendapat lebih kerusi berbanding 2008. Saya agak kecewa dan terkejut apabila mendapati BN akhirnya kurang dari 2008. "Pada 2008 pada masa itu kita percaya disebabkan kekecewaan orang Melayu terhadap pemerintahan Abdullah. Tetapi ini bukan Abdullah, kali ini Najib, dan kita lihat prestasinya kurang baik dari Abdullah," katanya. Pada PRU13 yang berlangsung Ahad lalu, BN memperoleh 133 kerusi, iaitu merosot tujuh kerusi berbanding PRU12 pada 2008. Pakatan Rakyat pula berjaya menambah tujuh lagi kerusi menjadikan jumlah 89 kerusi berbanding 82 kerusi pada 2008. 

 Keputusan itu menyaksikan BN kekal membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah. Kemampuan Najib dipersoal Biarpun menurut perlembagaan parti, Najib boleh kekal sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, namun menurut Mahathir, tentunya ada yang akan mempersoal kemampuan Najib berikutan kemerosotan dan prestasi teruk BN. "Secara keseluruhannya Najib telah mencapai majoriti mudah dan dia berhak menjadi ketua kerajaan. "Namun tentu ada yang akan mempersoalkan kemampuan, strategi dan pelbagai perkara lagi yang menyumbang kepada prestasi teruk BN," katanya.

Tiada ulasan: