Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 12 Mei 2013

Tiada Istilah Ketuanan Melayu - Prof Khoo Kay Kim


 ”Ketuanan Melayu” tidak wujud dalam perlembagaan negara, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, sebaliknya menyatakan, dalam aspek sejarah, hanya ”Ketuanan Raja” yang termaktub dalam Perlembagaan kerana rakyat perlu taat setia kepada raja.

“Sebelum ini, tidak pernah disebut ”Ketuanan Melayu” dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam Perlembagaan cuma ”Ketuanan Raja” iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.“Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan,” katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lepas.Dr Wan Azizah meminta konsep itu diganti dengan visi ”bangsa bermaruah” atau ”Melayu bermaruah”.

Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum.
“Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh,” katanya.

Tiada ulasan: