Calon Pas Azlan Yusof tidak gentar untuk menghadapi cabaran daripada
mana-mana calon termasuk daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan
raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut.Calon yang lebih mesra dipanggil Che Long, 48, itu tidak takut untuk
mencuba nasibnya malah menyatakan keyakinan mampu merampas kerusi yang
dikuasai BN sebelum ini.
"Kalau calon BN ada ahli keluarga ramai, kita pun sama ada ramai ahli keluarga dan penyokong di sini," katanya dalam sidang akhbar di markas besar Pas di Kampung Baharu di sini hari ini.Ditanya mengenai strateginya, beliau berkata jenteranya akan bergerak ke kedai, pejabat, bazar dan pusat pertemuan orang ramai dalam usaha memancing undi.Katanya beliau akan cuba merealisasikan harapan rakyat kerana mendakwa kerajaan gagal membela kebajikan rakyat seperti tidak menyelesaikan isu kemiskinan, isu pengangguran dan isu sosial.
Azlan seorang ahli perniagaan bakal berhadapan cabaran calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera dan anak tempatan pada pilihan raya kecil Dun Kuala Besut 24 Julai ini. Esok ialah hari penamaan calon.Dun Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan kekosongan Dun Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari BN pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan