KUALA LUMPUR, 11 JULAI: Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dijangka
menaikkan kadar tol di seluruh negara bermula 2014, merujuk jawapan
Kementerian Kerja Raya kepada ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee
Loy Sian.
Hee (gambar) dalam soalannya di Dewan Rakyat 9 Julai lalu meminta
Kementerian menyatakan langkah pengurangan atau pemansuhan tol di
seluruh negara dalam tempoh lima tahun.
Namun, berdasarkan jawapan menteri, kerajaan hanya berjanji bahawa
tiada kenaikan tol di lebuh raya kendalian kendalian PLUS Expressway
Berhad bagi tempoh 2011 hingga 2015.
Manakala di lebuh raya kendalian MTD Capital Berhad bagi tempoh 2011 hingga 2013.Sementara itu, penurunan kadar tol Kenderaan Kelas 1 di Lebuh Raya
Shah Alam (KESAS) seperti diumum kerajaan 15 Januari lalu hanya sah bagi
tempoh 2013 hingga 2015.
“(Ini bermakna) rakyat khususnya pengguna jalan raya tetap akan
mengalami kenaikan kadar tol selepas 2014 dan 2015,” katanya lagi.Justeru katanya, kandungan manifesto BN pilihan raya umum ke-13
kononnya untuk mengurangkan bilangan konsesi tol dalam tempoh lima tahun
hanya ‘omong kosong’.“Ulasan panjang lebar Kementerian Kerja Raya langsung tidak menyentuh
pelan pengurangan atau pemansuhan tol seluruh negara,” katanya./Keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan