Kementerian Persekutuan Harus Tunaikan Janji Bayar Bonus Pada Guru Sandaran
KUALA
LUMPUR 11 JULAI : Kementerian Pelajaran didesak supaya menunaikan
janjinya kepada guru sandaran untuk memberi bonus tahunan dan bayaran
khas prestasi sepertimana yang dibentangkan di dalam Belanjawan 2013.
MP Kulai Teo Nie Ching menjelaskan dalam sidang media di Parlimen hari
ini, beliau menerima aduan daripada tiga guru sandaran di kawasannya
yang masih belum menerima bayaran itu bagi Disember tahun lepas dan
Januari lalu.
“Semasa
membentangkan Bajet 2013, Perdana Menteri menjanjikan semua kakitangan
yang layak akan terima imbuhan sebulan setengah gaji. “Bayaran dibuat tiga kali iaitu pada Ogos dan Disember tahun lepas serta Januari lalu.
“Malangnya tiga guru sandaran ini belum menerima bayaran imbuhan untuk
Disember 2012 dan Januari lalu dan diharapkan mendapat perhatian Menteri
Pelajaran serta Perdana Menteri untuk menyelesaikannya,” katanya.
Teo berkata, semakan dibuat di Pejabat Pelajaran Daerah Kulai mendapati
masih ramai guru sandaran lain yang belum menerima bayaran imbuhan
berkenaan.
Katanya, kerajaan harus menunaikan janji dibuat kepada rakyat.Beliau turut berasa kerajaan akan memberikan imbuhan sama kepada kakitangan kerajaan sempena Aidilfitri tahun ini. Tiga guru sandaran itu ialah Koh Xing Zhao, 22; Pang Chian Jien, 23 dan Tan Lian Huay, 37, dari SJKC Senai, Johor.
Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 2012, bayaran sebulan
setengah gaji atau minimum RM1,500 akan diberikan pada Ogos 2012,
Disember 2012 dan Januari 2013 dengan antara yang layak ialah pegawai
tetap, sementara, ‘contract of service’ dan guru sandaran.
- Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=355665597895207&set=a.254000171395084.58735.162138223914613&type=1&relevant_count=1&ref=nf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan