KUALA LUMPUR, 11 JULAI: Kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal
dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya kecil
Kuala Besut mengelirukan dan tidak menyelesaikan masalah sebenar.
“Dahulu SPR kata dakwat tidak digoncang. Kemudian mungkin calitan
kurang baik. Sekarang minta jari pula dicelup,” kata ahli parlimen Bukit
Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada sidang media di lobi parlimen
hari ini.
Katanya, sehingga kini, isu asas masih gagal dijawab SPR, iaitu sifat dakwat kekal dan tempoh ketahanannya.Namun pengendali pilihan raya itu berdolak-dalik memberi alasan, kali
ini dengan kaedah pelaksanaan bagi iaitu mencelup jari telunjuk kiri ke
dalam dakwat kekal.“Pergi ke India dan Indonesia untuk belajar kaedah pelaksanaan dakwat
kekal yang betul. Kesalahan SPR sebelum ini besar dan serius,” kata
Shamsul.
Dalam pada itu, Shamsul memaklumkan, 1,469 laporan polis telah dibuat
berhubung kegagalan dakwat kekal, namun belum ada sebarang tindakan
diambil Jabatan Perdana Menteri (JPM)“Menteri Jabatan Perdana Menteri (JPM) mesti jelaskan bagaimana
masalah ini boleh berlaku. Kita mahu selesaikan masalah ini sebaik
mungkin.“Kegagalan menyebabkan wang rakyat dibazirkan untuk kerja sia-sia,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan