Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 4 Julai 2013

Kerajaan digesa kutuk rampasan kuasa di Mesir

PAS mengutuk sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dilakukan pasukan tentera terhadap Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi yang dipilih secara demokrasi.Sehubungan itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar, mendesak Malaysia untuk mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan pihak tentera Mesir.

"Sokongan terhadap kepimpinan Morsi ini bukan berpihak kepada pemikiran politik di Mesir, tetapi ia merupakan hak rakyat yang telah digagalkan pihak tentera," tegas beliau yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata kuasa yang diperoleh Mohamed Morsi melalui satu proses pilihan raya yang demokrasi di negara itu.

"Malangnya, proses pemilihan yang begitu demokratik sebelum ini telah dirampas oleh pihak tentera, sekaligus menafikan hak rakyat dan ahli parlimen Mesir," kata beliau pada sidang media, di parlimen hari ini.Beliau turut melahirkan kekesalan apabila terdapat satu tangan besar lain yang seolah-olah berperanan dalam melakukan rampasan kuasa tersebut.

Dalam masa sama, Naib Presiden PAS itu berharap masyarakat antarabangsa dan Malaysia mengutuk tindakan pihak tentera Mesir atas insiden rampasan kuasa tersebut.Turut serta pada sidang media tersebut ahli parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli; ahli parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Baharin; ahli parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah, dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad./hrkh

Tiada ulasan: