Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini
mengarahkan Utusan Melayu (M) Bhd.membayar ganti rugi sebanyak RM250,000
kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin
berhubung fitnah terhadapnya berkenaan isu pembidaan plat WWW1 yang
berharga RM520,000.Hakim, Datuk Rosnaini Saub turut mengarahkan ahkbar pro Umno itu membayar kos guaman sebanyak RM30,000.
Peguam Mohammad Nizar, Zamri Ibrahim
berkata, plaintif iaitu pihaknya telah berjaya membuktikan wujudnya
elemen-eleman asas fitnah didalam laporan berita bertarikh 21 Mei 2012
dan ianya terbukti merujuk kepada plaintif.Beliau yang mewakili plaintif bersama
seorang lagi peguam, Mohd Fitri Asmuni berkata, mahkamah tidak bersetuju
dengan defendan (Utusan Melayu (M) Bhd.) yang merujuk kepada alasan
penghakiman di dalam saman fitnah Nizar terhadap TV3 kerana ianya
melibatkan pihak yang berbeza serta diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang
bidang kuasanya setara dengan mahkamah ini.
Zamri berkata, defendan gagal dalam
pembelaan justifikasinya apabila mahkamah memutuskan defendan tidak
melaporkan berita, sebaliknya memutar belitkan kenyataan plaintif
kononnya plaintif membuat komen terhdap Sultan Johor sedangkan plaintif
tidak berbuat demikian.
Tambah beliau, defendan juga gagal dalam
ulasan saksama apabila perkara yang dilaporkan adalah bukan merupakan
komen tetapi suatu pernyataan dan defendan tidak bergantung kepada komen
yang adil dan saksama.
"Plaintif menyatakan berkenaan pembelian
nombor pendaftaran WWW1 pada harga yangg tinggi tetapi dalam laporan
defendan menyatakan Sultan Johor salah guna wang rakyat."Ianya adalah amat jauh tersasar dari komen yang adil," jelasnya.Ujar beliau, defendan juga gagal dalam
pembelaan perlindungan bersyarat walaupun berita itu berkepentingan awam
tetapi defendan tidak membuat pengesahan terlebih dahulu daripada
plaintif.
"Laporan itu jelas menyentuh paparan
Twitter plaintif tetapi defendan tidak paparkan kandungan yang sebenar
sebaliknya defendan menokok tambah dengan mengaitkan Sultan Johor
sedangkan ianya tiada dalam Twitter plaintif," ujarnya lagi.Dalam pada itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang diputuskan oleh hakim itu."Ini bukan kali pertama kami (Pakatan
Rakyat) menang, sebelum ini berpuluh-puluh saman kami menang, namun
mereka (Utusan) tidak serik membuat fitnah.
"Saya bersyukur dengan keputusan ini dan
terbukti segala dakwaan yang dilemparkan terhadap saya tentang kes ini
(pembidaan plat WWW1) ternyata fitnah sama sekali," jelasnya lagi.Adun Changkat Jering itu sebelum ini
membuat keputusan untuk menyaman akhbar lidah Umno tersebut selepas
memfitnah beliau dengan mengatakan beliau menuduh Sultan Johor
menggunakan wang rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1 berharga
RM520 ribu di keluaran bertarikh 21 Mei 2012.
Sumber imej : http://www.thenutgraph.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan