Bukit Katil : Seramai 115 anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu-ibu
tunggal diraikan pada majlis penyampaian bantuan yang dianjurkan oleh
Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Baru dan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka bertempat di perkarangan Pejabat Adun Bukit Baru pagi ini.
Mereka adalah antara golongan yang sentiasa dibantu oleh PAS dan PR melalui wakil rakyat dan organ parti.
Mereka adalah antara golongan yang sentiasa dibantu oleh PAS dan PR melalui wakil rakyat dan organ parti.
"Kami menyumbangkan sedikit sumbangan berupa beras, barang makanan dan wang bagi meringankan beban mereka khususnya menjelang hari raya".
"Program ini akan dijadikan acara tahunan sebagai salah satu cara kita membantu rakyat yang tidak bernasih baik" ujar Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim dalam ucapan alu-aluan beliau.
Sementara itu Ketua Dewan Muslimat Negeri Melaka, Hajah Kintan Man berkata penerima-penerima bantuan tersebut datang dari seluruh pelusuk negeri ini.
''PAS sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat khususnya mereka yang terdiri dari anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu-ibu tunggal".
'Program Sutera Kasih Tautan Hati' ini kita anjurkan setiap tahun sebagai tanda ingatan kita kepada golongan tersebut".
Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dalam ucapan perasmiannya menegaskan walaupun PAS dan Wakil Rakyatnya tidak mendapat peruntukan dari kerajaan negeri namun program seperti terus dilaksanakan sebagai bukti slogan negara berkebajikan yang dilaung-laungkan PAS.
'Kita telah masukkan dalam manifesto PRU 13 antaranya ingin meningkatkan bantuan kepada fakir miskin dan golongan tidak bernasih baik"
' Peruntukan dan bantuan yang diberikan kepada fakir miskin sekarang tidak cukup untuk meringankan beban mereka kerana ianya mengambil kira keadaan semasa 15 tahun dahulu' ujar Kamaruddin.
Beliau juga menyeru anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu-ibu tunggal supaya berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan menambah ilmu dan sentiasa taat kepada perintah Allah.
'Jika kita taat kepada Allah, Inysa Allah kita akan dibantu oleh Allah dalam urusan kehidupan kita" tambah beliau,
Turut hadir pada program tersebut ialah Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Ketua Dewan Pemuda Negeri, Yuhaizan Abdullah dan pimpinan PR dari seluruh peringkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan