KUALA LUMPUR: PAS
mengutuk sekeras-kerasnya rampasan kuasa oleh tentera Mesir terhadap
kepimpinan Presiden Dr Mohamed Morsi kerana telah mengenepikan suara
rakyat negara itu melalui undi pilihan raya yang adil dan bersih.Timbalan Pengerusi Lujnah Antarabangsa
PAS Dr Syed Azman Nawawi berkata, apa yang terjadi di Mesir sekaligus
memberi gambaran negatif bahawa wujud usaha untuk membunuh
pendemokrasian yang berlaku di seluruh dunia. PAS turut menggesa tentera negara itu
kembali kepada kedudukan asal mereka dan menyerah kembali kuasa kepada
kerajaan Mohamed Morsi yang dipilih oleh rakyat.
Syed Azman juga percaya apa yang berlaku di Mesir adalah merupakan satu rampasan kuasa yang mendapat sokongan kuasa besar dunia.Katanya, apabila melihat polisi kerajaan
dan Presiden Mesir yang tidak menguntungkan pihak kuasa besar maka
mereka kembalikan negara itu kepada tentera dengan mengenepikan kuasa
rakyat."Ini merupakan penghinaan kepada keputusan rakyat yang memilih kerajaan yang sah melalui pilihan raya bersih.
"Tiba-tiba boleh bagi sokongan rampasan kuasa oleh tentera kerajaan yang sah melalui demokrasi," katanya kepada Harakahdaily.Beliau turut mendapat gambaran keadaan
di Mesir selepas menghubungi salah seorang pimpinan Ikhwan Muslimin
iaitu Dr Essam Arian kelmarin sebelum di tangkap."Saya difahamkan beliau sudah ditangkap
hari ini. Saya dapat hubungi beliau kelmarin untuk mengetahui bagaimana
keadaan disana," jelasnya.Pilihan raya Presiden Mesir tahun lepas
telah mendapat pengiktirafan seluruh dunia yang memperlihatkan sebuah
pilihan raya yang paling telus dan adil.
Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu
deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua
Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara.Dalam siaran televisyen tempatan,
pemimpin tentera dan tokoh politik, Andel Fattah al-Sisi telah
mengisytiharkan penyingkiran Morsi.Penyokong Morsi yang berkumpul di
pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin
negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang
dibuat oleh tentera itu.
Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera.Dua tahun lalu, di Tahrir terdapat
perayaan hampir sama selepas Hosni Mubarak ditumbangkan dan Morsi
diangkat sebagai presiden pertama dipilih rakyat./hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan