Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 31 Ogos 2013

Keluarga Altantuya jangan putus asa, kebenaran akan terserlah

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa terkejut di atas keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan dua anggota polis Unit Tindakan Khas, Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri daripada tuduhan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. DPPM menganggap keputusan Mahkamah Rayuan ini di luar jangkaan kerana sabitan kes terhadap kedua-dua anggota polis tersebut amat kukuh dan mereka telah pun dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2009.altantuya Sebelum ini bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang didakwa bersubahat dengan mereka juga telah dibebaskan pada Oktober 2008 oleh mahkamah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya. 


Nampaknya, kesemua tertuduh telah dibebaskan dan tiada siapa yang disabitkan dengan tuduhan membunuh Altantuya. DPPM mengharapkan agar keadilan tertegak di negara ini dengan memastikan mana-mana juga suspek atau tertuduh di berikan hukuman yang setimpal atas apa yang mereka lakukan. Pembunuhan Altantuya mencatat rekod hitam dalam sejarah kerana seorang warga asing yang dikaitkan dengan individu berprofil tinggi dibunuh dengan begitu tragis. Beliau telah dibunuh dengan kejam, mayatnya diletupkan sedemikian rupa untuk memadamkan kesan, manakala pembunuhnya tidak dihukum sehingga sekarang.

 DPPM meminta agar keluarga Altantuya sabar dan tidak berputus asa dalam mencari kebenaran. Yakinlah, kebenaran akan terserlah juga walau di mana ia cuba disorokkan. Tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan dari kebenaran di sebalik kematian Altantuya melainkan berdoa semoga Allah menunjukkan keadilan dengan memberikan hukuman ke atas mereka yang melakukannya. 

RIDUAN MOHD NOR 
Ketua Penerangan 
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan: