Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 2 September 2013

Lamb Of God Live In Malaysia : Ape Kerja Menteri Agama Malaysia ??

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia agar menyatakan pendirian terhadap konsert kumpulan Lamb of God yang dijadual diadakan di sini pada 28 September ini. “Sepatutnya Kementerian bertanggungjawab membudayakan masyarakat dengan aktiviti yang membina minda dan berfaedah, bukannya memburukkan lagi keadaan di negara ini,” ujar Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan.

 Katanya, dalam keadaan anak-anak muda yang hilang arah dan haluannya, kerajaan pula turut menyumbang dengan penganjuran konsert kumpulan rock metal seperti itu “Apa untungnya kepada masyarakat terutama kepada aqidah umat Islam serta pembangunan syakhsiyah umat Islam di negara ini?” tanya beliau Justeru, ujarnya DPPM kesal kerana pemimpin negara sanggup merosakkan masyarakat hanya semata-mata mahu memuaskan kehendak segelintir peminat yang gilakan artis-artis tertentu. Beliau mempersoalkan tidak cukupkah dengan kumpulan Metallica dan Linkin’ Park yang dianjurkan sebelum ini dan perlukah kesemua kumpulan rock dibawa masuk untuk memenuhi hasrat peminat di negara ini.


 Katanya, DPPM menegaskan sekiranya kerajaan benar-benar membela rakyat, agama dan membina generasi muda di negara ini, kerajaan perlu bertegas tidak membenarkan artis seumpama ini diberi ruang mengadakan konsert di Malaysia. Tambah beliau, tidak ada gunanya memenuhi hasrat segelintir peminat yang gilakan hiburan, sedangkan masyarakat umum di negara ini semakin rosak dan parah dengan penganjurannya. Beliau menambah, banyak lagi artis yang sopan, memenuhi cita rasa masyarakat Malaysia dan membawa mesej positif boleh dibawa masuk mengadakan konsert di negara ini selain artis-artis liar dan merosakkan. 

 Katanya lagi, kumpulan Lamb of God yang berasal dari Amerika merupakan kumpulan muzik yang membawa muzik keras dan melampau serta merosakkan masyarakat kerana imej kumpulan tersebut yang berlambangkan anti agama. Menurutnya, dengan imej kumpulan rock tersebut sedemikian rupa, muzik yang ekstrem, lagu yang membawa mesej yang negatif, penganjurannya dibimbangi akan menjerumuskan umat Islam dengan kerosakan akhlak dan aqidah yang lebih parah. Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera membatalkan konsert kumpulan heavy metal itu.

 Beliau sebagaimana dilaporkan media semalam menyokong keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan mendesak pihak berkenaan membatalkan konsert tersebut./hrkh

Tiada ulasan: