Kerajaan BN tidak mempunyai cara lain untuk menutup jumlah hutang
yang besar selepas membelanjakan berbilion ringgit menghadapi Pilihan
Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.
Satu analisis yang dibuat oleh penganalisa politik terkemuka Asia
Tenggara, Dr Bridgett Welsh mendedahkan, pentadbiran Najib Razak sejak
2009 telah membelanjakan RM58 bilion atau RM4,363 bagi setiap pengundi.
Mengulas
hal itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata,
akibat kempen merasuah pengundi yang dibuat Najib menyebabkan hutang
negara menimbun, maka penarikan subsidi minyak tidak boleh dielakkan.“Untuk menang pilihan raya, BN berbelanja tak ikut prosedur,
akibatnya dana negara kering. Itulah yang berlaku sekarang, mereka
terpaksa mengambil balik apa yang telah dibelanjakan merasuah rakyat.
“Rakyat miskin menjadi mangsa. Alasan kerajaan mudah, bandingkan
harga minyak Thailand, kita patut bandingkan dengan Brunei, RON 95
dijual RM1.28. Kita pengeluar minyak, harga tentulah lebih rendah,”
katanya.Abdullah yang juga Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN kesal kenaikan
harga bahan api menyebabkan peningkatan kos kehidupan kepada golongan
pekerja, sedangkan, katanya, dalam masa sama kenaikan gaji tidak
berlaku.
“Kenaikan harga minyak boleh menaikkan inflasi ke tahap lebih tinggi. Apa pilihan yang ada buat 6.9 juta pekerja di negara ini?“Mereka tidak boleh dengan mudah tuntut kenaikan gaji. Kenaikan gaji
dirujuk kepada Indeks Harga Pengguna (CPI). CPI kita baru 3.8 peratus.
Jadi gaji tidak boleh naik lebih 5 peratus.“Sedangkan kenaikan harga minyak boleh menyebabkan kenaikan harga
barang 11 peratus,” tegasnya yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung
MTUC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan