Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 10 September 2013

DPPK Dapat Teraju Baru

Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 8 September yang lalu bertempat di Kompleks PAS Kawasan Jasin ( KOMPAJ) Kampung Kelubi, Jasin. Mesyuarat yang saban tahun dianjurkan ini di hadiri perwakilan daripada cawangan-cawangan PAS Kawasan Jasin.






 
Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat agung tahunan pada kali ini ialah laporan aktiviti Dewan Pemuda PAS Kawasan, Laporan dari Lajnah-lajnah dan Jabatan dibawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin. Persidangan pada kali ini juga menyaksikan pertukaran tampuk kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin.Mesyuarat Agung pada kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Melaka merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Ustaz Kamaruddin Sedik. Turut hadir Naib Yang Dipertua, Cikgu Azrin Abdul Majid.



Saudara Yuzi Azhar dari PAS Cawangan Serkam telah dipilih untuk menggantikan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sebelum ini, Saudara Aminuddin Jalil yang telah tamat tempoh perkhidmatan. 


Dalam ucapannya, Saudara Aminuddin telah memberikan ingatkan kepada kepimpinan yang bakal menerajui Dewan Pemuda PAS Kawasan supaya memberikan penekanan kepada aspek-aspek yang penting dalam kepimpinan dan gerakan islam. 


 Selain memberikan penekanan kepada aspek tarbiyah dikalangan ahli, Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin juga perlu menjadi mata rantai yang menghubungkan PAS dengan rakyat dengan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dapat merapatkan hubungan antara PAS dengan rakyat.Semoga dengan kepimpinan yang baru yang menerajui Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin akan mampu menghadapi segala cabaran dan dugaan. 

Tiada ulasan: