MUADZAM SHAH – Pahang mencatatkan kes pertama tangkapan berkaitan
fahaman Syiah apabila seorang imam dipercayai pengikut ajaran itu
ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di kuarters kakitangan ladang
Risda Pekoti Timur, semalam.Ketua Penguatkuasa Jaip, Ahmad Raffli Abdul Malek berkata, imam berumur
64 tahun itu disyaki mengamalkan ajaran itu sejak enam tahun lalu.
Menurutnya, turut dirampas dalam operasi kira-kira jam 2 petang ialah beberapa buku dan peralatan dipercayai berkaitan dengan ajaran itu.“Antara barang yang dirampas ialah tiga ketul batu turbah, tasbih, sepaket debu tanah yang dipercayai dari Karbala dan sehelai kain kapan dipercayai dari Iran.
“Mengikut siasatan, barang-barang ini diperoleh di Iran sekitar enam tahun lepas ketika imam itu ikut serta satu rombongan ke negara itu dan juga ke Karbala, Iraq yang dianjurkan oleh sebuah kumpulan,” katanya pada sidang media, hari ini.Katanya, ketika serbuan, seorang anak lelaki imam berkenaan yang berumur 32 tahun yang kebetulan berada di rumah tersebut turut diminta untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, lelaki itu berdepan kemungkinan tuduhan mengikut Seksyen 165 dan Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun.Menurut Raffli, buku-buku yang dirampas dalam jumlah yang banyak kini sedang diteliti kerana ia dipercayai buku rujukan penganut Syiah.“Warga emas yang sudah menjadi imam berdaftar lebih 20 tahun itu tidak menyebarkan fahaman itu sebaliknya diamalkan secara individu,” katanya.
Raffli berkata, siasatan awal juga mendapati keluarga imam berkenaan juga tidak terlibat dengan fahaman Syiah.“Kita percaya dia mempunyai rakan-rakan dan pernah hadir secara berkala ke beberapa pertemuan di beberapa tempat di antaranya Gombak dan Segamat.

“Dia ditahan mengikut Seksyen 165 dan 170 Enakmen Pentadbiran Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya.Sementara itu, jurucakap Paid Muadzam Shah ketika dihubungi Sinar
Harian menyatakan status imam berdaftar warga emas berkenaan masih kekal
kerana kes masih dalam siasatan.
Katanya, pejabat agama daerah akan menyediakan laporan berkaitan kes dan akan diserahkan kepada Jaip dalam masa terdekat."Imam itu hanya disyaki, belum lagi dibuktikan bersalah untuk kita melucutkan jawatannya, seandainya terbukti bersalah pihak Paid akan ambil tindakan yang sewajarnya terhadapnya," katanya.Seorang penduduk Felda terbabit yang enggan dikenali berkata, imam terbabit seorang yang begitu kuat berahsia, tidak pernah tunjuk bahawa dia menganut fahaman Syiah.
Menurutnya, imam terbabit telah bekerja di sana sejak kira-kira 13 tahun lalu.
“Dia telah lama bekerja di sana sebagai mandur ladang, imam masjid dan guru mengaji kepada anak-anak pekerja di ladang tersebut. “Memang ada dengar penduduk di sini berkata-kata mengenai imam tersebut terlibat dengan fahaman Syiah, tetapi tidak jelas dan samar-samar sahaja,” katanya yang dihubungi.
Menurutnya, dia juga mengetahui yang imam bersama beberapa orang lagi penduduk di ladang Risda tersebut telah mengikuti rombongan ke Karbala, Iraq. “Tidak silap saya mereka pergi rombongan itu dalam enam orang dan semuanya dari ladang tersebut. “Dengar khabarnya rombongan itu anjuran persendirian dan tidak pasti pula saya jika ia melibatkan kumpulan atau individu dari tempat lain,” katanya./Sinar

Tiada ulasan:
Catat Ulasan