PUTRAJAYA - Pengikut Syiah di negara ini dikesan mempunyai perancangan untuk mengusai jabatan agama Islam.Bagi merealisasikan rancangan itu, pengikut Syiah mendaftarkan anak
mereka ke dalam akademik berteraskan Islam dalam usaha jangka panjang
menguasai jabatan itu.
Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohamad Ismail
mendakwa, dalam tempoh 10 tahun, anak pengikut Syiah kemudiannya akan
memohon sebarang jawatan di dalam jabatan agama Islam.“Apabila sudah memperoleh jawatan, tugas mereka seterusnya akan cuba mengubah polisi keagamaan dalam jabatan tersebut.
“Mereka kemudiannya akan menimbulkan isu seperti isu mazhab untuk melagakan para ulama dan pemimpin,” katanya ketika berucap dalam dialog Umat Melayu dalam Menghadapi Konspirasi dan Agenda Asing di Dewan Sri Semantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, semalam.Majlis anjuran Ikatan Muslim Malaysia (Isma) dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) itu, turut dihadiri empat ahli panel lain iaitu Penulis dan Pengkaji Sejarah Persatuan Arkeologi Malaysia, Zaharah Sulaiman; Ketua Pegawai Eksekutif Maljis
Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), Mohd Nizam Mahshar; Penganalisis Muslim Moderat dan Projek Peng’Amerika’an, Mohd Hazizi Ab Rahman dan Pengkaji Ilmu Perbandingan Antara Agama, Shaharuzzaman Bistamam.
Mohamad berkata, langkah pengikut Syiah itu sudah terjadi dan terbukti berkesan di Lubnan dan Iraq di mana dua negara tersebut kini sudah dikuasai oleh fahaman Syiah.“Langkah itu yang mereka cuba lakukan di negara kita. Dua negara itu dijadikan rujukan.“Apabila mereka berjaya melagakan pemimpin dan ulama, mereka seterusnya akan menimbulkan rusuhan supaya mereka akan dapat menguasai negara, sama seperti Lubnan dan Iraq” katanya.Selain itu Mohamad mendakwa, hampir 250 buah syarikat yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah milik orang Iran.
“Tujuan mereka tetap sama iaitu menyebarkan fahaman Syiah melalui syarikat yang mungkin akan berurusan dengan agensi-agensi kerajaan,” katanya.Dalam membanteras penyebaran fahaman Syiah ini Mohamad berkata, agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan polis harus berusaha di mana perlu kerap melakukan operasi bersepadu dalam usaha menyekat usaha pengikut Syiah di negara ini.
“Kita tidak mahu, bila sudah parah baru hendak bertindak. Syiah ini merupakan ancaman kepada negara. Akidah, kemasyarakatan, politik dan keselamatan negara sedang tergugat dengan kehadiran syiah,” katanya.Mohamad turut tidak menafikan kemungkinan wujud ‘tangan-tangan ghaib’ dalam jabatan agama Islam sehingga menyebabkan kelewatan dalam usaha membanteras penyebaran Syiah.“Saya bukan hendak menuduh kerana apabila kita mendakwa di mahkamah, kita perlu kemukakan bukti. Tetapi kemungkinan itu tetap ada.“Tidak mudah untuk kita membuktikan seseorang itu merupakan pengikut Syiah kerana mereka mengambil pendekatan taqqiyah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan