KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau tidak akan
berundur dari politik selagi Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan
Pusat. Pemimpin veteran DAP itu tidak menolak kemungkinan yang beliau akan
terus kekal menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. "Saya tidak akan undur dan bersara dalam waktu terdekat. Memang hasrat
saya untuk menyerahkan kepimpinan kepada generasi muda. Kita semakin tua
dan orang (pemimpin) tua perlu bersara satu hari nanti.
"Saya akan bersara dalam masa munasabah. Munasabah bermaksud lepas apa
yang kami mimpikan iaitu untuk jadi kerajaan Persekutuan menjadi
kenyataan. Lepas itu baru bagi kepada orang muda," katanya pada sidang
media di Kongres Khas DAP di sini, hari ini.Terdahulu dalam ucapan aluannya, Karpal, 73, berkata, beliau dan
kepimpinan generasi lama dalam parti itu termasuk penasihat DAP, Lim Kit
Siang, 72, perlu berundur bagi memberi laluan kepada generasi muda
untuk menerajui parti itu.
Kerjaya politik Karpal, seorang peguam, bermula pada 1970 apabila beliau menyertai parti itu.Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah pada 1974, dan mula
menjadi anggota parlimen Jelutong, Pulau Pinang pada 1978.Karpal gagal mempertahankan kawasan Jelutong yang dipegang melebihi 20 tahun pada Pilihan Raya Umum 1999.Sejak 2004, Karpal menjadi wakil rakyat bagi kawasan Bukit Gelugor,
Pulau Pinang dan memegang jawatan sebagai Penasihat DAP pada tahun yang
sama. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan