PETALING JAYA - Seperti yang dijangka keputusan pemilihan semula
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP menyaksikan kesemua 20 anggota
ahli yang dipilih dalam pemilihan Disember tahun lalu berjaya
mengekalkan kedudukan masing-masing dalam pemilihan semula yang
dijalankan hari ini.
Menduduki hearaki teratas ialah Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang berjaya memperolehi sebanyak 1,438 undi.
Sementara itu, Lim Kit Siang menduduki tempat kedua dengan undi sebanyak 1,436, hanya dua undi kurang berbanding Chin Tong.Dalam pada itu, satu-satunya anggota CEC Melayu, Zairil Khir Johari
yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera menduduki tempat ke-12
dengan 1,132 undi.
Sementara Karpal Sing menduduki tempat ke-3 dengan undi sebanyak 1,421 diikuti oleh anaknya Gobind Singh Deo dengan undi sebanyak 1,409. Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merupakan penyandang Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjadi calon kelima popular dengan 1,304 undi. Pemilihan hari ini yang berlangsung menerusi Kongres Khas DAP diadakan susulan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang menolak keputusan pemilihan pada Disember tahun lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan