Pemerintahan kudeta tentera Mesir melalui peguam agung mengeluarkan surat
perintah penangkapan atas Syeikh Yusuf Al Qardhawi. Syeikh Al Qardhawi
adalah ulama yang lahir di Mesir yang tinggal dan berkewarganegaraan
Qatar. Berdasarkan surat perintah itu, Syeikh Al Qardhawi akan terus
ditangkap sebaik sahaja tiba di Mesir.
Surat khabar Al Sharq Al Awsat (20/9) melaporkan, Hisham Barakat, Peguam Agung Mesir mengeluarkan perintah penangkapan Syeikh Yusuf Al Qardhawi dengan tuduhan telah melakukan provokasi untuk berjihad melawan tentera Mesir, permintaan untuk dilakukannya campur tangan asing, merancang penghinaan dan melemparkan tuduhan pembunuhan para penunjuk perasaan kepada tentera Mesir dalam rancangan yang disiarkan stesen televisyen milik Qatar, Aljazeera.

Syeikh yang juga Ketua Persatuan Ulama Muslim Antarabangsa itu telah menetap di Qatar lebih dari 40 tahun dan memperoleh kewarganegaraan dari negara tersebut. Sejak muda beliau pernah dipenjara oleh rejim tentera Mesir sebelum akhirnya mengajar di Arab Saudi dan Qatar.
Selain itu, beliau juga adalah anggota Haiah Kibar Ulama Al Azhar Mesir.
*gambar menunjukkan Syeikh Yusuf Qardhawi tiba di Mesir untuk memimpin solat Jumaat di Dataran Tahrir di Kaherah 18 Februari 2011
Sumber: Madani News
Tiada ulasan:
Catat Ulasan