MAPIM menegaskan kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS) , Barak 
Obama pada 11hb Oktober 2013 di Malaysia tidak dialu-alukan malah 
dibantah dan dikecam.Kami menyatakan pendirian kami bahawa imej Amerika Syarikat sangat 
negatif disisi rakyat Malaysia . Kehadhiran Presiden AS kami anggap 
suatu malapetaka buat Malaysia.
AS dilihat sebagai kuasa imperialis Barat yang mempunyai cita-cita 
untuk mendominasi seluruh dunia melalui pelbagai strategi. Dari strategi
 menguasai Majlis Keselamatan PBB , Majlis Hak Asasi Manusia PBB , IMF ,
 Bank Dunia , WTO , G 8 , APEC sehingga strategi memanipulasi media 
global , perjanjian ketenteraan , strategi menjatuhkan atau menaikkan 
seseorang pemimpin atau kerajaan .
AS dari dahulu lagi menghadapi masalah integriti dikacamata umat 
Islam dan seluruh pejuang hak asasi manusia sedunia. AS adalah negara 
paling rasis dan paling hipokrit.Harus
 diingatkan bahawa apa yang telah dilakukan oleh AS terutama didunia 
Islam telah menyebabkan umat Islam melahirkan kemarahan mereka terhadap 
negara dan Presiden AS.Kebanyakan rakyat tidak dapat menerima Presiden AS sebagai tetamu. 
Jutaan umat Islam yang terkorban dan menderita diseluruh dunia adalah 
berpunca dari hegemoni ekonomi , ketenteraan dan politik AS dan oleh 
sebab itu kedatangan Presiden AS adalah suatu yang membangkitkan 
kemarahan rakyat.Umat Islam khususnya melihat dasar kerajaan Amerika yang dipimpin 
oleh beberapa Presidennya jelas telah menguris hati kaum Muslimin di 
Iraq , Pakistan , Iran , Al Quds , Gaza, Libya , Syria , Mesir , Algeria
 .
Seluruh polisi AS adalah untuk mengadu-domba dan memperalatkan 
pemimpin dan diktator negara-negara umat Islam sehingga umat Islam 
menderita akibat regim yang pro Amerika dan anti Islam.AS bukan sebuah negara yang layak bercakap mengenai hak asasi manusia , kebebasan dan demokrasi.Malah ditangan Presiden Amerika Syarikat , Barak Obama kini dipenuhi 
darah orang yang tidak berdosa akibat dasarnya untuk memelihara 
kepentingan Israel dan Zionis Yahudi. Mempertahankan kepentingan Israel 
adalah agenda utama AS walaupun melibatkan pencerobohan dan pemusnahan 
ke atas wilayah Palestin dan pembunuhan rakyat Palestin di Gaza.
Kerana AS mahu menjaga kepentingan imejnya sebagai kuasa besar dunia ,
 Presiden Obama sanggup mengarah penghantaran “drones” ( kapalterbang 
perangtanpa pemandu ) ke Afghanisatan yang membunuh ribuan orang awam 
tidak berdosa.US dikenali sebagai negara samseng yang sarat dengan konspirasi untuk
 memporak- perandakan negara umat Islam dan mana-mana negara yang 
didapati mempunyai kerajaan yang bersikap kritikal terhadap dasar luar 
AS seperti Iran , Cuba , Venezuala dan Korea Utara. Perisikan CIA 
melakukan pelbagai operasi subversif dan sabotaj antarabangsa di 
pelbagai negara.
AS sebagai negara yang mudah diperalatkan oleh Israel , hanya memastikan seluruh dunia tunduk dan patuh kepada kehendaknya.Kami membantah keras kedatangan Barak Obama . Beliau adalah simbol 
kepimpinan hipokrit terulung didunia dan tidak layak disambut di bumi 
Malaysia.
Kini Malaysia terperangkap dalam perundingan TPP yang diketuaI AS. 
Jelas TPP adalah satu lagi hegemoni ekonomi AS yang mahu mengikat 
negara-negara dan berusaha mendominasi pasaran dunia. Agenda geo-politik
 AS dalam TPP adalah jelas iaitu untuk menyainggi kebangkitan ekonomi 
kumpulan negara-negara BRICS ( Brazil , India Russia , China , Africa 
Selatan ).Kami mengesa agar kerajaan Malaysia menimbang semula untuk menerima 
kehadhiran Obama. Beliau adalah simbol kuasa imperialis dunia yang tidak
 mungkin boleh diterima jika Malaysia mahu menegaskan kemerdekaannya 
dalam ertikata sebenar.
Malaysia harus menunjukkan keberaniannya seperti Presiden Brazil 
Dilma Rauseff yang baru-baru ini menolak lawatan Obama kerana perisik AS
 didapati secara rahsia mengesan dan merisik perbualan antara Presiden 
Brazil itu dengan pegawai tertinggi beliau. Jelas perhubungan dengan AS 
mendedahkan negara kepada operasi espionaj pada bila-bila masa.
Kami menyeru rakyat Malaysia menyatakan sikap mereka dengan tegas dan
 jelas terhadap kedatangan Obama , bagi menzahirkan pendirian mereka 
untuk membantah kedatangan beliau dan menentang kezaliman , imperialisme
 dan dan penjajahan AS.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan