KUALA LUMPUR 27 SEPTEMBER: Pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959
dilihat bahan kempen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi
untuk pemilihan Umno, kata ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar
Mohd Akin.“PCA seolah menjadi alat kempen untuk Zahid Hamidi. Cuma saya nak
beritahu. Tanpa PCA pun Zahid boleh menang,” kata Shamsul kepada Keadilandaily
Justeru,
Shamsul bercadang ‘menaikkan populariti’ naib presiden Umno itu melalui
dialog atau debat dengannya berhubung pindaan undang-undang tersebut.“Kalau Zahid bersedia, kita boleh buat secara langsung. Di Bernama atau Sinar Harian atau Astro. Kerana isu ini melibatkan semua pihak,” kata Shamsul yang juga ketua Angkatan Muda KEADILAN.
Kata Shamsul, Zahid tidak perlu mencadangkan undang-undang yang bercanggah dengan hak asasi, sedangkan hak seseorang yang dibicarakan atas kesalahan tertentu terjamin dibawah perlembagaan Persekutuan.
Kata Shamsul, Zahid tidak perlu mencadangkan undang-undang yang bercanggah dengan hak asasi, sedangkan hak seseorang yang dibicarakan atas kesalahan tertentu terjamin dibawah perlembagaan Persekutuan.
“Berbanding dulu, rakyat berasa selamat jika dia tidak tahu (ada
penahanan tanpa bicara). Tapi, konteks hari ini berubah. Rakyat lebih
selamat jika mengetahui perkara sebenar kenapa (seseorang) ditangkap dan
ditahan.Beliau
memberikan contoh pewartaan akta ISA pada 1960 yang bertujuan mengekang
pengaruh komunis meresap ke dalam masyarakat Malaya yang ketika itu
baru mencapai kemerdekaan.“Tapi itu konteks 50 tahun dulu. Tapi masyarakat hari ini berkembang.
Yang penting ialah pendidikan mencegah jenayah selain pemerkasaan badan
penguatkuasaan seperti Polis.“Kita bimbang. Dalam masa kerajaan mahu menghapuskan ancaman, kerajaan pula yang menjadi ancaman,” kata Shamsul./Keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan