Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 30 September 2013

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN JASIN KALI KE 46

Pada hari ini telah berlangsung mesyuarat agung PAS Kawasan Jasin bertempat di Kompleks PAS Kawasan Jasin di Kampung Kelubi. Mesyuarat bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh para perwakilan daripada cawangan-cawangan PAS di seluruh daerah Jasin.





 Mesyuarat pada kali ini lebih berfokus kepada membincangkan isu-is berkaitan aktiviti serta perancangan yang dilakukan diperingkat kawasan serta pemilihan AJK yang baru bagi penggal 2013-2015. Mesyuarat pada kali ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Beliau yang juga pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional turut memberikan penerangan berkaitan isu-isu semasa yang dibangkitkan dalam parlimen serta perbincangan dialog antara beliau dengan pihak-pihak luar.

 Dalam ucapan perasmian beliau menyentuh mengenai tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap ahli dalam memastikan PAS menjadi sebuah parti yang unggul dalam survival ummah.Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Penerangan, Badan perhubungan PAS Melaka, Ustaz Ashraf Mukhlis bin Minhat. 

Dalam perbahasan usul, terdapat beberapa perwakilan yang banyak membangkitkan soal kewangan serta aktiviti yang dilaksanakan oleh PAS Kawasan Jasin.Bagi tahun ini, PAS Kawasan Jasin masih lagi diungguli oleh muka-muka lama iaitu YDP PAS Kawasan Ustaz Kamaruddin Sedik, Tuan Haji Yuhaizad Abdullah sebagai Timbalan Yang Dipertua dan En.Azrin Abdul Majid sebagai Naib Yang Dipertua PAS Kawasan.

Tiada ulasan: