Baru sahaja dinaikkan sebanyak 20 sen awal September lalu, spekulasi
harga petrol RON95 bakal dinaikkan lagi dalam masa terdekat mula
tersebar.Dikatakan pengumuman berkaitan kenaikan harga baru itu akan dibuat oleh kerajaan dalam masa dua minggu ini.
Menurut cakap-cakap di media sosial, sorang menteri di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) ketika satu jamuan makan malam di sebuah hotel beberapa hari lalu, telah mengesahkan akan ada pengumuman penting oleh kerajaan dalam masa terdekat.Jika spekulasi ini benar, bermakna rakyat negara ini bakal bertambah lgi bebenan mereka khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sejak RON95 dinaikkan pada 3 september
lalu, rata-rata rakyat merungut bukan sahaja terbeban kerana terpaksa
membeli minyak lebih mahal, malah kesan berantai yang menyebabkan harga
barangan keperluan juga naik.Biarpun kerajaan memberi jaminan
kenaikan tersebut tidak membebankan dan tidak akan berlaku kenaikan
harga barang keperluan, namun realitinya berbeza dengan apa yang
terpaksa dihadapi rakyat bawahan.
Dalam pada itu, Bernama
melaporkan orang ramai boleh menjangka kenaikan petrol RON95 dalam masa
terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan
subsidi bahan api negara.Laporan yang memetik kenyataan Presiden
Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman itu berkata,
langkah kenaikan ini juga sebagai usaha mengurangkan penyeludupan petrol
ke negara-negara jiran./bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan