Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 14 Oktober 2013

Akhirnya .. Kemenangan Buat Ummat Islam

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa The Herald tidak boleh menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Katolik itu untuk merujuk kepada 'Tuhan'.

Mahkamah Rayuan Putrajaya sebulat suara membatalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

NONEDalam reaksinya, Editor The Herald, Father Lawrence Andrew (kiri dalam foto) melahirkan rasa kecewanya tetapi merancang untuk mengemuka rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan telah membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu yang membenarkan kalimah tersebut digunakan dalam penerbitan berkenaan.

Panel hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali, Datuk Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan rayuan tersebut .

Hakim Mohamed Apandi berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terkhilaf apabila mengetepikan keputusan menteri dalam negeri dan bahawa tidak berlaku pelanggaran hak bagi Katolik untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam The Herald.

Ketika membaca penghakiman ringkas kes tersebut, beliau berkata, ia adalah penemuan bersama mereka bahawa penggunaan kalimah 'Allah' bukan merupakan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Daripada penemuan tersebut, tambahnya, mereka mendapati tidak ada sebab untuk responden (Archbishop Titular Catholic Church) berkeras untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mingguan itu.

Penggunaan kalimah tersebut, tegas hakim Mohamed Apandi,  jika dibiarkan pasti akan menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat. "/Mkini

Tiada ulasan: