SHAH ALAM: Presiden
PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, perlaksanaan
undang-undang Islam tidak menghalang kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat
termasuk rakan bukan Islam kerana mereka tidak terlibat dengan
undang-undang tersebut sebaliknya mereka harus melihat undang-undang itu
dilaksanakan terlebih dahulu.
Katanya, PAS menyatakan dasarnya secara
terbuka manakala DAP turut menyatakan perjuangannya secara terbuka
dengan berdialog maka PAS dapat bekerjasama dalam perkara yang ada
persamaan tanpa menghalang dalam perkara yang berbeza.Beliau turut menegaskan untuk
melaksanakan undang-undang Islam kuasa politik merupakan syarat utama
untuk menggubal undang-undang dalam perlembagaan negara.
Katanya, undang-undang merupakan salah
satu rukun dalam negara mengikut kaedah politik dan undang undang sebuah
negara tidak boleh diikhtiraf kecuali mempunyai lima syarat."Sebuah negara mesti mempunyai pemimpin
iaitu kerajaan yang memerintah, negeri atau negara, rakyat, ada
perlembagaan dan kedaulatan sebuah negara mesti bebas sepenuhnya,"
katanya dalam ucaptama '56 tahun Merdeka: Ke Mana Hala Tuju Syariah
Islam di Malaysia', di Unisel, Shah Alam.
Beliau menegaskan sebab itu negeri
Kelantan, Terengganu ketika memerintah bahkan Selangor mempunyai bidang
kuasa yang terhad untuk melaksanakan undang-undang Islam.Menurut beliau, penjajah telah
meminggirkan undang-undang Islam setelah mereka gagal untuk memurtadkan
penduduk supaya meninggalkan ajaran Islam kerana melaksanakan konsep
sekularisma memisahkan agama dengan urusan dunia.
Undang-undang Islam itu katanya telah
dipinggirkan secara halus dengan cara mewujudkan Jabatan Agama Islam
sedangkan Islam itu lebih besar dan tidak perlu berada di bawah satu
jabatan."Mengapa Islam ada pejabat seperti
pejabat haiwan, pejabat hutan dan bermacam-macam pejabat lagi. Islam
ditadbirkan bukan Islam dikongkong," tegasnya.Beliau berkata, undang-undang Islam
bukan sekadar undang-undang keluarga, pusaka serta berkait dengan wakaf
bahkan undang-undang keluarga tidak boleh diasingkan daripada
undang-undang lain.
Mengulas tentang Suruhanjaya Reid
katanya, PAS bersama NGO Islam pernah menghantar memorandum mendesak
supaya Islam diletakkan dalam pelembagaan kerana umat Islam merupakan
majoriti besar selepas kemerdekaan.
Katanya, tekanan itu menyebabkan
Suruhanjaya Reid meletakkan Perlembagaan Fasa 3 Islam sebagai agama
Persekutuan di samping agama lain boleh diamalkan.
Menurut beliau, selepas 56 tahun negara
mencapai kemerdekaan pemikiran pimpinan negara masih jumud kerana mereka
tidak mengikut ajaran Islam.
PAS mendesak supaya syariat Islam yang
sempurna dilaksanakan secara umum malangnya ada kalangan yang menentang
kerana menganggap syariat Islam lemah sehingga mereka menghentam
undang-undang Islam, katanya.Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang
mengimbas sejarah PAS menyertai kerajaan campuran pada tahun 1970-an
yang tegas dengan pendirian sehingga menegaskan majlis tari menari
bercampur lelaki dan perempuan."PAS membantah minuman arak dihidangkan dalam jamuan negara menuntut laungan azan di radio dan TV di adakan," katanya.Begitu juga tambah beliau, iklan arak
dan judi dihapuskan dalam media kerajaan dan PAS minta supaya ada hak
untuk menyebarkan kefahaman Islam di Kementerian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan