Kuala Lumpur: Sekretariat Prihatin OKU, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Parti Islam Semalaysia melalui pengerusinya Mohammad Faizal Che Yusof, meminta kerajaan menunjukkan kesungguhan membantu golongan OKU.
“Selain sejumlah peruntukan sebanyak RM441 juta, kami dapati tiada sebarang pengumuman berkaitan langkah-langkah strategik untuk dilaksanakan bagi memacu pembangunan OKU yang menyeluruh di Negara ini.”
Demikian ulasnya dalam kenyataan media yang dihantar kepada harakahdaily.
Yang perikut adalah kenyataan penuh Sekretariat Prihatin OKU
Pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia dalam pembentangan belanjawan 2014 berkaitan Orang Kurang Upaya adalah suatu menifestasi peri pentingnya suara OKU yang terus bersatu mengatasi kefahaman politik dan anutan agama.
Pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini harus menunjukkan iltizam yang sepenuhnya sebagaimana janji yang diumumkan dalam belanjawan 2014 iaitu melihat pembangunan OKU berdasarkan potensi OKU dan keperluan sebenar OKU yang pelbagai katagori.
Selain sejumlah peruntukan sebanyak RM441 juta, kami dapati tiada sebarang pengumuman berkaitan langkah-langkah strategik untuk dilaksanakan bagi memacu pembangunan OKU yang menyeluruh di Negara ini.
Justeru, sebagai mewakili suara OKU, kami menggesa agar perencanaan yang akan dilaksanakan benar-benar memberi manfaat langsung kepada OKU dan ahli keluarga tanpa ada ketirisan dan tiada pihak yang akan mengambil kesempatan.
(Mohammad Faizal Che Yusof)
Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan