
Walaupun sudah diulang banyak kali oleh PR, ia masih relevan kerana ini yang diinginkan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas Belanjawan PR 2014 yang dibentang di Parlimen semalam.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini berkata, tema belanjawan PR kali ini ialah 'Mempertahankan hak dan kepentingan rakyat dalam mengharungi gelombang krisis ekonomi mendatang'.
Kata Jeniri lagi, Bajet 2014 yang bakal dibentang kerajaan hari ini juga dijangka akan turut menekankan keperluan asas rakyat.
“Hampir setiap tahun, bajet kerajaan tidak akan lari daripada mengambil kira keperluan semasa rakyat. Aspek sebegini yang dilihat lebih dekat dengan jiwa rakyat dan perlu diutamakan dalam mana-mana belanjawan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan