Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 12 Oktober 2013

Pembaziran : Senjata Baru Menjelang PRU 14

Ia mungkin masih awal, tetapi kehadiran kira-kira 300 peserta dalam forum mengenai Laporan Ketua Audit Negara di Kuala Lumpur malam tadi, mencerminkan kebimbangan pembayar cukai terhadap sikap Putrajaya yang berbelanja secara berlebihan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antara yang hadir ialah mahasiswa universiti serta peniaga Cina yang mahu mendengar apa yang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu katakan tentang ketirisan dan pembaziran kerajaan. Mereka kagum dengan pemidato mahir ini, yang tidak mengecewakan mereka dengan kata-kata lucu tentang bagaimana kerajaan merompak di siang hari dan tidak bertindak ke atas ketirisan, pembaziran dan rasuah dalam agensi kerajaan sebelum Peguam Negara (AG) membuat laporan. 

 Antara golongan muda yang mengenepikan masa lepak mereka untuk datang mendengar ceramah tersebut adalah Nuk Mustaqim, 21, Hafiz Ahmad, 23, dan Fariz Latif, 21, semua mahasiswa jurusan ekonomi di Universiti Malaya. Hafiz tidak menyembunyikan kekagumannya terhadap Anwar, berkata yang katanya beliau diberikan hujah mengenai apa yang perlu dilakukan untuk menangani segala masalah berulang mengenai pembaziran melibatkan wang pembayar cukai. "Kami datang ke sini untuk mendengar idea Pakatan Rakyat kerana di luar sana anda hanya mendapat satu bahagian cerita sahaja daripada media arus perdana,"katanya ketika ditemui selepas forum di Pusat Sivik Petaling Jaya itu. Fariz berkata, beliau berharap untuk menyertai kerajaan suatu hari nanti dan akan melakukan tugasnya bagi memastikan tidak ada penyelewengan dana dan sumber yang akan membebankan rakyat lagi. 

 Dua lagi pelajar dari Universiti Islam Malaysia juga mengakui, mereka datang untuk melihat ceramah Anwar dan mendengar pandangan Pakatan Rakyat bagaimana mereka akan menangani ayat di dalam laporan Ketua Audit Negara itu. Selepas forum itu, Wan Ahmad Izzat Daniel dan Amir Ahmad Idris, kedua-dua 19, tersenyum kerana berjaya mengambil gambar dengan Anwar, yang berpakaian kemas dengan baju dan seluar hitam. Semasa sesi soal jawab, panel penceramah, termasuk MP Serdang, Dr Ong Kian Ming dan pengarah eksekutif Institut Rakyat, Azrul Anwar Ahmad Tajudin, ditanya jika terdapat sebarang cara untuk mengesan punca kepada kes yang disebut dalam laporan Ketua Audit Negara.

 Dr Ong berkata, ia adalah matlamat jangka sederhana beliau. Sepasang suami isteri berbangsa Cina berumur 50-an yang hanya mahu dikenali sebagai Encik dan Puan Chew, juga kelihatan gembira ketika mereka muncul dari auditorium selepas ceramah tersebut. Bagi mereka, Anwar menyampaikan banyak fakta, dan mereka berharap Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti. "Saya selalu kagum dengan Anwar, beliau bercakap tentang isu yang berkaitan dan nampak keikhlasannya, " kata Chew, seorang ahli perniagaan.

 Sekumpulan tiga lelaki Cina juga memuji Dr Ong yang menguasai Bahasa Malaysia ketika Ahli Parlimen Serdang itu bercakap. Mereka terdengar berkata, "Wah, dia begitu baik dalam bahasa Melayu." Ketiga-tiga mereka, semuanya ahli perniagaan berumur 50-an yang berada di ceramah tersebut mengetahui mengenainya menerusi media sosial Facebook dan Twitter. Salah seorang daripada mereka, yang hanya mahu dikenali sebagai Derek berkata: "Sekarang sangat mudah untuk mendapatkan maklumat mengenai forum ini, rakan saya menghantar emel, dan ia juga boleh didapati dalam Facebook dan Twitter," katanya, sambil menambah bahawa dia sering mendengar ceramah pembangkang menjelang pilihan raya umum sejak 2008 lagi. 

 Derek berkata, dia datang kerana dia cuba untuk menjadi orang yang faham politik dengan baik. Tetapi sepatutnya mereka mempunyai perkara yang lebih baik dibuat semasa hari Jumaat begini? "Bukan untuk kami yang berumur ini," kata Derek sambil ketawa. Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Chan Chee Kong, yang membantu menganjurkan acara itu berkata, selain daripada orang ramai yang menghadiri forum itu secara fizikal, terdapat sekurang-kurangnya 10,000 orang yang melihat forum ini secara langsung menyersi online termasuk melalui laman Mediarakyat, di mana video kejadian itu akan dimuat naik di Youtube. 

 "Kami mahu mewujudkan kesedaran mengenai isu yang memberi kesan kepada rakyat dan forum ini menghubungkan kita dengan orang ramai. "Forum seterusnya dalam perancangan adalah selepas pembentangan Bajet 2014 nanti, " katanya. –Malaysia Insider

Tiada ulasan: