JERAI: Hanya PAS dan BN sahaja yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) (Dun) Sungai Limau yang diadakan 4 Novemberi ini.
Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abd. Rashid Othman di Dewan Datuk Madi di sini sebentar tadi.
PAS diwakili Ustaz Mohd Azam Abd Samat, 37, sementara BN diwakili bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Suhaimi Lazim, 52.
Abd Rashid Osman yang mengumumkan demikian pada jam 10.15 pagi berkata, pihaknya berpuas hati dengan kedua-dua borang pencalonan yang dikemukakan.
Ustaz Azam telah menghantar borang pencalonan pada jam 9.05 pagi manakala calon BN seminit sebelum itu.
PRK itu diadakan berikutan penyandangnya, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September lalu.
Pada PRU13 Mei lepas, Ustaz Azizan yang mendapat 13,294 undi menang dengan majoriti 2,774 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali (10,5204 undi) serta dua calon Bebas, Sobri Ahmad (100) dan Abdullah Hashim (84).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan