Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 24 Oktober 2013

PRK N20 Sungai Limau : Berkempen Secara Damai

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan jaminan, partinya akan berkempen secara damai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dan berharap lawannya turut berbuat demikian. "Kita akan berkempen secara damai, dan jika Barisan Nasional (BN) juga berhasrat untuk berkempen secara damai kita sambut baik kerana itu yang seeloknya. "Tetapi kita tidak boleh lupa Umno sebelum ini ada menyediakan pemuda tahan lasak yang akan membuat apa jua provokasi sepertimana yang diarahkan," katanya pada sidang medianya semalam. 


 Sementara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk PAS untuk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar, berkata beliau berharap Umno tidak menggunakan khidmat organisasi bukan kerajaan (NGO) yang selama ini terbukti sering menimbulkan ketegangan. Beliau berkata, Umno juga perlu mengelak daripada menggunakan isu agama dan perkauman dalam kempen mereka. "Bagi memastikan suasana kempen berjalan dengan baik dan harmoni, saya nasihatkan Umno supaya tidak lagi menggunakan NGO yang boleh menimbulkan ketegangan. "Umno juga perlu elak daripada menggunakan isu agama atau perkauman kerana kita mahu semua pihak menghormati keadaan di Sungai Limau yang hidup dalam persekitaran ilmu agama," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah seperti dilaporkan Harakahdaily. 

PRK ini diadakan ekoran kematian penyandangnya, alllahyarham Tan Sri Azizan Razak. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 November sebagai hari mengundi selepas 12 hari berkempen. Dalam pilihan raya umum Mei lalu, majoriti Azizan berkurangan sebanyak 433 undi berbanding majoriti kemenangan 3, 212 dalam pilihan raya umum 2008 iaitu ketika PAS dan Pakatan Rakyat berjaya memerintah Kedah. 

Tiada ulasan: