Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 22 November 2013

AGAMA BUKAN BARANG DAGANGAN

SHAH ALAM: PAS menegaskan bahawa isu-isu agama tidak wajar menjadi barang dagangan yang dijaja ke sana sini apatah lagi dijadikan senjata politik oleh Umno dan kerajaan BN untuh meraih sokongan rakyat yang semakin menipis. Serentak dengan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihati ahli-ahli parti agar tidak mudah terpengaruh dengan permainan media fasik yang tidak mengira soal dosa dan pahala, dan memahami peringatan Allah SWT tentang berita yang disampaikan oleh orang fasik melalui surah al-Hujurat, ayat 9.


 Ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati, dekat sini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kesal dengan rentetan serangan membabitkan isu-isu berkaitan Islam oleh sesetengah pihak disamping suasana tidak harmoni yang cuba dicetuskan oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.

 "Rakyat awam di jalanan pula diajak untuk memberikan ulasan, pandangan malah kritikan, walaupun kadangkala melangkaui sempadan hukum Islam yang jelas sumber rujukannya. "Maka timbullah isu 'kalimah Allah', isu mazhab, hudud dan sebagainya yang diulas di tepi-tepi jalan oleh mereka yang bukan ahlinya. Perkara ini sebenarnya pernah berlaku sejak ribuan tahun yang lalu," jelas beliau. Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hadi menyarankan Lajnah Penerangan dan Dakwah dengan dibantu Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat digerakkan sepenuhnya untuk membawa mesej dakwah ke dalam masyarakat Islam secara berkesan bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul. Usaha ini, ujarnya perlu bagi membentuk masyarakat Islam yang berilmu dan memahami agama menurut sumber yang sahih.

 "Semua Dewan dalam organisasi PAS adalah sama penting dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dalam menggerakkan usaha dakwah – tarbiyah dan siyasah ke dalam masyarakat kita. "Oleh yang demikian, semua Dewan ini mestilah digerakkan aktivitinya dengan mewujudkan budaya kerja inter-Dewan, supaya objektif yang ingin dicapai akan lebih mendalam kesannya," jelas beliau.

Tiada ulasan: