Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 22 November 2013

Pemilihan: Semua calon beretika, integriti

SHAH ALAM: Pemilihan PAS pada Muktamar Tahunan PAS kali Ke-59 kali ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang laporan salah laku oleh mana-mana calon yang bertanding. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, suasana pemilihan PAS ini membuktikan calon-calon PAS bukan sahaja beretika bahkan berintegriti sebagai entiti penting dalam jemaah. "Laporan salah laku calon tidak ada, laporan dari orang bukan calon memang ada, kadang-kadang ada fitnah dan kita akan ada proses yang akan kita lakukan selepas ini," katanya ketika memberi ucapan alaun di Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 di Stadium Malawati. 

 Mustafa percaya pemilihan PAS pada kali ini mendapat liputan media yang luar biasa kerana pengaruh media sosial yang memainkan peranan setiap hari. "Tidak ada media yang tidak ada berita PAS, walaupun ditengah-tengah berlaku kekalutan dalam pemberitaan," katanya. Katanya, walaupun PAS mengadakan Muktamar pada hujung tahun namun parti itu tidak pernah tangguh untuk mengadakan pemilihan setiap dua tahun sekali. "Tahun ini kita lambat bermuktamar tetapi kita tetap membuat pemilihan," katanya di hadapan kira-kira 3,000 pewakilan, pemerhati serta tetamu khas./Hrkh

Tiada ulasan: